Monday, November 28, 2011

5 years without her..

Assalamualaikum.

Siapa yang tak pernah merasa kehilangan? Aku yakin semua orang pun pernah rasa. tapi klu kecik2 dulu selalu hilang pemadam, hilang pensel kat sekolah dah rasa hilang teramat..balik rumah bila abah cek bekas pensel hilang itu hilang ini mesti kena marah.huhu.kena bebel tak pandai jaga barang.boleh dikira rasa kehilangan la jugak dok. 

Bila besar sket masuk asrama mulalah nak hilang toiletries la, baju yang hantar kat dobi la, hilang kalkulator la..tak tenang hati bila hilang2 barang ni. Makanya, boleh dirumuskan semakin kita membesar, semakin hebat cabaran kehilangan kita. Tapi itu kalau kita hilang barang2 material atau barang2 yang boleh diganti. Kalau kita boleh terima kehilangan tu dgn positif, hati pun takde lah gundah gulana memanjang. Macam mana pula kalau kita hilang benda yang tak dapat diganti?

Yes. Aku pun tak terkecuali daripada merasa 'kehilangan' ni. Aku ni dah la jenis yang passive+introvert+sensitive type. Dapat la berita gembira, sedih, buruk, lawak ke hape aku mesti akn fikir and digest benda tu btul2. Then I will make my own conclusion either conclusion berkenaan dgn cerita tsebut atau org yg menceritakan tu :P Aku ni pun kuat nangis gak. Kalau duk asrama dulu hari2 call mak, hari2 nangis.ckp tak boleh study la..kawan itu la..cikgu ini la..mcm2 aku ni..memang hari2 pun aku akn singgah kat public fon call mak. Sekejap pun tape. Takde menda nak ckp pun tape. Call je. Dpt dengar suara pun jadi la.Sobs T_T

Sampai hari yang aku rasa mmg Allah btul2 nak menguji kekuatan aku. Aku kehilangan mak waktu aku Form5. Time tu serius aku rasa mcm mimpi. Even sampai skrg ni pun, aku rasa macam baru lagi mak pergi. Ya Allah..kalau diingatkan kembali time tu aku rasa macam jantung ni jatuh berdebub ke bawah. Kali terakhir aku peluk mak time mak hantar aku ke Langkawi. Aku tak tau kenapa time tu mak menangis and peluk aku kuat2. Aku bila mak dah mcm tu lagi la aku nak menangis but I pretend like a tough-man la hari tu.Taknak menangis. Bila kereta abah mak dah pergi aku senyum and lambai-lambai dari jauh. Hilang je kereta abah mak, airmata jatuh macam air tumpah dari tempayan. Nonstop tak henti2.

Aku tak tahu langsung yang mak aku dah meninggal sebab accident. Sehari sebelum aku dapat tahu berita tu satu sekolah buat bacaan Yassin. Sebelum lights-off and after solat Subuh berjemaah esoknya. Pelik jugak mula2 kenapa suddenly kerap pulak buat bacaan Yassin.selalu malam Jumaat je. Sampai lah cikgu Haji Anuar (HEP) panggil aku kat surau perempuan. Aku nampak mata cikgu berair. Aku pun blur2 time tu. Tak tahu apa2 pun. Cikgu datang kat aku tunjuk mesej fon dia.

Cikgu: Ini nombor ayah kamu kan Ain?
Aku: Aah. Betul. Kenapa cikgu? (*aku takut dah)
Cikgu: Baca mesej yang ayah kamu bagi ni. Ayah send kt cikgu petang semalam..

Cikgu menangis tp aku blur. Aku ambil fon cikgu and aku baca.

1st msg: "Cikgu tlg beritahu anak saya Ain Syafiqah yang mak dia koma di hosp skrg. Doc kata life 50-50"
2nd msg: " Cikgu. Isteri saya dah meninggal dunia"

Aku tersentap.terkejut.mustahil lah. Mak baru je hantar aku ke Langkawi. Aku senyum pandang muka cikgu and aku cuba yakinkan cikgu, " Cikgu..takkan kot..mak baru hantar saya. Cikgu salah nombor ni.." Cikgu menangis and cikgu tak cakap apa2. cikgu suruh aku balik asrama kemas barang and balik. Ada saudara dah tunggu kt jeti seberang. Aku blur. Serius aku blur. Aku tak tau nak percaya ke tak and aku tak menangis langsung. And kalau betul msg tu abah send smlm, knp cikgu tak terus bagi tahu aku smlm jugak? Aku nak call abah. nak ckp dgn abah time tu jugak.

Lepas je aku kemas barang2, aku turun bawah aku nampak cikgu Haji Anuar tunggu aku. Aku ckp kt cikgu nak pinjam fon nak call ayah. Cikgu bagi and aku call abah. Dengar je suara abah, aku menangis. Aku just tanya "Abah, Betul ke?". Abah jawap, "Angah. Sabar ye..". Aku tak tanya pun Mak meninggal sebab apa..macam mana..adik2 macam mana.. Yang aku nak Mak. Aku nak mak ada. Tapi dengar je suara abah time tu aku rasa Ya Allah...kenapa ni? Aku menangis and still rasa susah sangat nak percaya.

Aku naik feri ke Kuala Kedah. Sampai je kt jeti sana aku nampak makngah and pakngah tgh tggu. Aku nampak makngah aku lari terus peluk dia. Makngah cuba tenangkan aku. Aku tak tahulah macam mana nak describe apa yang aku rasa time tu. Sedih+confuse. Dalam perjalanan aku nak balik ke kampung aku duk menangis je. Aku tak percaya. Sangat tak percaya selagi aku tak nampak jenazah mak depan mata aku sendiri. Mana mungkin mak dah pergi. mak baru lagi hantar aku balik ke Langkawi.

Beberapa jam lepas tu, aku sampai kt depan Masjid As-Saadiah Teluk Intan. Ramai sangat orang. Aku nampak sedara-mara aku yang lain..kawan2 mak yang aku kenal..kawan2 abah..Aku tengok muka adik2 aku, aku menangis. Ame, Wan, Udin nampak tenang. Kakak menangis. Wani pulak keep repeating mak dah mati.mak dah mati tp tak faham apa2. Wana 9 bulan lagi waktu tu. Aku nak masuk pintu masjid tapi ramai sangat orang. Semua dah selesai solat jenazah. Then ada orang menjerit "Tunggu!Tunggu! Ada anak arwah dari Langkawi baru sampai!". Rupa-rupanya mereka nak angkat jenazah mak ke van jenazah dah. Aku cepat2 masuk dalam masjid tu. Aku nampak abah. muka abah penat sgt. Then ada orang keliling tolong bukakan kain putih yang tutup muka mak. Dia pesan, cium dahi mak tapi jangan menangis. Aku ikut ckp dia. Aku nampak je muka mak, Ya Allah.. Betul.. Mak dah takde..Ya Allah..Aku tahan menangis aku cium dahi mak. Sejuk..Ya Allah..Kau tempatkan Mak dalam kalangan orang2 yang beriman..


Sampai di kubur aku hanya melihat jenazah mak ditanam. Abah and Abang tolong tanamkan. Sekarang aku dah takde mak. Tak sangka Mak pergi awal. Sangat tak sangka. Aku sangat rindu mak sebenarnya. Walaupun dah ada pengganti still tak sama dengan mak and aku tahu abah lah orang paling merasa 'kehilangan' ni. Sebelum mak meninggal dulu macam2 yang mak buat untuk keluarga. Mak jenis yang tak boleh duduk diam. Bisnes, tulis buku rujukan bio sasbadi spm, and mak ni sgt suka decorate rumah. Buat itu buat ini. Dulu mak pernah try mohon loan utk rumah baru. Hari yang mak meninggal tu lah dapat surat bgtau loan tu dah diluluskan. Sedihnya. Memang ktorang tak duduk lah rumah tu.



Tapi nak citanya 'kehilangan' Mak lah satu-satunya pengajaran terbesar dalam hidup aku. Aku byk kenal erti hidup. Lepas mak dah takda, aku and adik beradik yg lain byk kenal susah senang hidup dgn abah. Abah sampai sekarang selalu pesan kt ktorang jgn lupa doakan mak.doakn mak everyday afta solat n byk lagi. Kalau nak cerita, tak ter-cerita. So my advice here to those yang telah membaca cerita ni, always respect your parents. Sometime we take advantage to a person yang kita rasa akan sentiasa bersama dgn kita but remember there will come a point where they will leave you and you can't never get them back. So, appreciate them while you have them.


2 comments:

  1. ain dearie,
    ten x taw pon mak ain dah xde..patot la slame ni ain dok sebut abah2 je..
    im sory..


    hari ni pon dpt berita mak zai dah xde..

    semoga roh2 arwah dicucuri rahmat..ameen

    ReplyDelete