Sollu 'ala nabi..
Ummul Mukminin A’ishah menceritakan,
“Suatu hari, tatkala aku melihat Rasulullah saw dalam mood yang baik, aku berkata kepadanya,
“Ya Rasulullah, mohonlah doa kepada Allah untukku!”
Maka baginda saw pun berdoa,
“Ya Allah, ampunkanlah A’ishah, dosa-dosanya yang lalu, dosa-dosanya yang akan datang, apa-apa yang dia sembunyikan, dan apa-apa yang dia zahirkan.”
Aku pun tersenyum girang, hingga kurasakan kepalaku hampir jatuh ke ribaku dek kerana kegembiraan itu. Berkata Rasulullah kepadaku,
“Sukakah engkau akan doaku itu?” Aku menjawab,
“Tentu, bagaimana mungkin doamu itu tidak membuatkan aku gembira!”
Sabda baginda saw, “Demi Allah, itulah doa yang aku mohon kepada Allah untuk ummatku pada setiap solatku”
SubhanAllah...:'( Dalamnya cinta Nabi pada umatnya..
No comments:
Post a Comment